So, seperti yang dijanjikan, aku akan review buku macam tajuk atas tu. Takdelah review sangat. Tapi lebih kepada perkongsian pembacaan aku dan point of view aku terhadap buku ni.
Okay, tak reti sebenarnya nak review dalam bentuk penulisan ni sebab aku yakin, aku akan melompat dari bab 1 ke bab 4 terus, patu tetiba pergi bab 2. Eh lepastu habiss. Ha. Gitu. Haha. Mohon faham ya. Ini book review aku kedua selepas aku review Adli Margera : Tenggelamnya Harta Karun Van Der Wijck by Nami Cob Nobbler di Perbadanan Kota Buku dalam slot resensi haritu. Tengoklah dekat Facebook Live hihi.
Okay. Sila berhenti merepek.
Jadi wujudnya buku ini bermula di wattpad Bella Zamri , sekarang pembaca novel ini di wattpad mencecah 16.9 juta. Gila banyak kan.
The Boy Who Lost His Sight by Bella Zamri.
| Tadaaaa. Thanks google for the gambar. |
Ceritanya dimulakan dengan mendaratnya Ellie Burke dan adik dia Sophie Burke dari Lenoir ke Florida, tempat abang dia Aaron Burke. Dia berhijrah ke Florida sebab kedua ibu bapa dia meninggal sebab accident. Sophie dan Ellie dijaga oleh makcik dorang. Tapi kemudian bila abang dia dah mampu nak tanggung dorang, dorang ke Florida.
Kematian kedua ibu bapa, bukan satu benda mudah yang boleh diterima dek akal. Kehidupan dia berubah 360°.
Apa yang menariknya di Florida adalah bila dia sekolah dekat sana. Orang pertama yang tegur dia adalah Reese. Dia tolong pergi amik jadual kelas dekat office, tunjukkan kelas apa semua laa. First kelas dia adalah kelas English. Cikgu dia Ms Gail. Dan di sebelah dia, Riley Flynn.
Obviously, cerita ni tentang seorang lelaki yang buta. Siapa ? Nama dia Riley Flynn. Ya. Yang duduk sebelah Ellie. Macam mana dia boleh buta, kau kena baca buku ni. Aku takkan cerita detail kihkih. Kehidupan Riley juga berubah 360° lepas dia buta. Dia jadi introvert. Dia taknak bergaul dengan orang sebab dia taknak orang rasa simpati dengan dia. Dia taknak orang kesian dengan tragedi yang menimpa diri dia. Dia rasa, walaupun dia buta, dia boleh buat semua benda sendiri. Bila dekat sekolah, dia cuma bergaul dengan Ms. Gail sahaja. Dia carpool dengan Ms. Gail, makan lunch dalam office Ms. Gail. Kenapa dorang rapat sangat ? Apa hubungan dorang sebenarnya ? Adakah Ms Gail buat baik dgn Riley sbb dia yang menyebabkan Riley buta ? Racieeeew.
Lepas si Riley ni buta, takde siapa yang akan bercakap dengan Riley. Dia pun takkan bercakap dengan sesiapa. Dia takde kawan. Dia cuma berinteraksi dengan Ms Gail sahaja. Tapi sejak si Ellie ni duduk sebelah dia dalam kelas English. Ellie ni rasa macam bertanggungjawab untuk tolong Riley. Walaupun Riley akan tolak pertolongan dia, taknak cakap dengan dia, sebab Riley rasa Ellie ni annoying dan tak faham bahasa. Perempuan biasalah. Haha. Dia pun nak tau jugak la apsal dengan mamat Riley ni. Dah la buta, lepastu sombong taknak orang tolong apa semua. Konon macam boleh survive.
Kemudian Ellie berjumpa dengan Aiden. Aiden ni kapten bola keranjang. Rasa kelakor pulak baca buku english, tapi review bahasa melayu. Ah lantak. K. Aiden ni baik ahh. Dulu Riley dengan Aiden ni main dalam team yang sama tapi Riley ni kapten. Tapi semenjak dia buta, Aiden ni ambil tempat dia. Jadi, sejak itu, Riley juga menjauhkan diri dari Aiden. Apsal ? Racieww. Aiden selalu buat slack masa game. Sebab dia rasa benda sekarang dah tak sama macam dulu. Dulu boleh main sekali dengan Riley, walaupun Aiden bukan kapten, tapi seronok aaa kan main dengan bestfreind. Sekarang macam kehilangan gitu.
Blablablabla. Ala macam panjang nak cerita satu-satu. Okay aku skip.
Sampai satu masa, satu per satu benda Ellie bongkar. Tak la bongkar, tapi secara tak sengaja, dia tau. Siapa Ben, Aiden, Riley, Ms Gail, parents Riley. Sejarah mereka berkawan, hubungan kekeluargaan Riley sebenarnya macam mana. Sampai satu tahap, Riley dan Ellie jadi rapat sangat. Kira bercinta gitu aa. Tapi aku skip aa part ni sebab aku tak minat sangat part bercinta ni. Rasa menyampah ahahahahahaha. Bukan menyampah apa pun, sebab macam dah bosan la asek2 cinta je. Gitu. Sebab aku expect dorang punya friendship hingga ke akhirnya. Takde bercinta ni. Hm.
Pada part akhir buku ni, bab 19 kot, Riley ada cakap dia nak buat pembedahan mata. Adakah dia selamat ? Happy ending macam cerita fantasi yang lain ? Adakah dia dapat melihat semula ? Kalau pun dia dapat lihat semula, adakah dia akan terima Ellie punya rupa bentuk fizikal ?
Banyak sangat nak cerita. Aku habiskan dekat sini je la. Yang lain baca sendiri.
Secara keseluruhannya, aku suka buku ni. Sebab jujurnya, aku agak taksub dengan penulisan satu penulis sahaja. Jadi bila aku baca karya penulis lain aku takut aku expect karya yang macam penulis satu tu, atau lebih hebat. Tapi selalunya menghampakan la. Tapi ini, okaylah. Sebagai pembaca yang slow, aku habiskan baca buku ni dalam masa kurang dari 4 hari. Kira okaylah tu. Saya bagi ★★★★
Satunya, sebab buku ni yang aku nampak unsur persahabatan. Jenis aku, aku suka baca buku yang ceritanya tak seiring dengan kehidupan aku. Faham aaaaak. Aku takde persahabatan yang macam Ellie, Ben, Aiden, Reese ada. Jadi bila aku baca, aku rasa macam aku ada sekali dengan diorangg. Gitu. Keduanya family bond. Family bond antara Ellie, Aaron dan Sophie ni rapat sangat. Yela dah takde parents kan. Diorang ada satu sama lain je. Jadi, bila Aaron peduli dengan Ellie, aku dapat rasa juga aku ada seorang abang yang pedulikan aku walaupun kenyataannya Tuhan sahaja yang tahu. Family bond antara Riley dengan parents dia pun aku kagum juga. Walaupun tak bertegur sapa, sebabkan pembedahan tu, kita tau sebenarnya tiada ibu bapa yang tak peduli pada anak dia.
Sekiaaaan. Tu je lah kot.
Sekian lagii bye.
Thank you for reading.


