Tuesday, November 14, 2017

Forget the mistake, remember the lesson.

Yo.

Jadi harini adalah hari Selasa 14 November 2017 dimana satu hari malang(?) atau membina yang aku cuba sendiri untuk twist hari malang ni untuk menjadi hari yang baik tapi macam banyak je halangan. Haih.

Aku berfikir terlalu banyak kali, dimana, pada siapa dan apa yang nak aku luahkan. Aku tak rasa ada yang baca atau ada yang peduli tentang apa yang aku ceritakan dalam ni.

Jadi hari yang malang ni bermula dengan tayar motor tergelincir, kejadian ni dah 2 kali. Aku tak pasti tayar aku botak, brek aku problem atau apa. Cuma sebagai seorang yang suka main brek kaki, aku insaf untuk bawak laju dan tekan brek emergency. Sumpah aku insaf. (aku okay gais, jangan risau haha.) Tak terbayang betapa panjang doa yang aku baca terkumat-kamit selama 15 minit sementara sampai ke office. Alhamdulillah Tuhan sayang dan lindungi aku, terima kasih ibu ayah atas kiriman doa yang tak putus semoga aku selamat sentiasa.

Keduanya terjadi apabila aku terleka, lalai, lupa entah apahal. Aku tak tahu nak salahkan siapa, atau sebenarnya ia salah aku sepenuhnya. Hal ini agak sulit untuk diceritakan sebab aku taknak memburukkan mana-mana pihak dan aku bertanggungjawab diatas kealpaan diri aku sendiri. Aku terlalu mudah berasa selesa. Aku terlalu mengambil mudah tentang perkara yang tidak memberi manfaat kepada aku. Aku terlalu mudah lepas tangan dan lupa. Dan akhirnya aku terlalu muda dan nyanyuk dan tidak teliti untuk jot down some things that matter to other people dan sebabkan diri aku yang begini, pihak lain juga turut terima tempiasnya. Aku memohon banyak kemaafan.

Perkara yang terjadi harini buat aku tersentak dan memberi pengajaran yang amat besar untuk aku lebih berhati-hati dan peka dan teliti dengan semuanya. Tergamam dengan diri sendiri yang bodoh sehingga aku buat catatan disini agar ini adalah satu-satunya catatan mengenai kebodohan kekesalan aku tentang perihal ini dan agar aku tak mengulanginya lagi.

Banyak sebenarnya yang terlintas difikiran setelah apa yang berlaku setakat pagi ini. Somehow, apa yang jadi buat aku fikir banyak kali untuk buat keputusan bekerja sambil belajar, adakah ini yang aku mahukan, betul ke ini yang telah ditakdirkan untuk aku, betul ke laluan ini yang aku ingin perjuangkan hingga ke akhirnya.

Peh tetiba terfikir, aku ni capable untuk buat apa je. Haha. Atau memang ditakdirkan untuk sekadar sederhana dalam semua perkara.

Image result for quote mistake
Credit to Google



p/s : Sebarang kata-kata semangat ataupun nasihat boleh di emel kepada nabilahzainodin@gmail.com. Thanks. Kalau kau takde benda baik yang kau nak cakap, tolong, stay silent.


Thank you for reading.