Assalamualaikum.
Haluuuuuuuu. Anybody home ? Entry kali ni agak Islamik sikit. Haruslahhhh. Maal hijrah kann. I pun nak pahala jugak. :) Haha. Mesti hang phone masing2 malam ni sebab banyak sangat whatsapp group yang forward message sama berkenaan Maal Hijrah. Kan ? Hahaha.
1. Message yang sama dari orang yang berbeza.
2. Message yang sama dari orang yang sama, group yang berbeza.
3. Message yang sama dari orang yang berbeza, group yang sama.
Tujuannya sama. Pointnya sama. Untuk apa ? Semuanya tentang maal hijrah. Maal hijrah ini apa ? Sama je maksudnya dengan Awal Muharram. Ertinya apa awal muharram ni ? Ertinya, umat Islam menyambut tahun baruuuu. Alhamdulillah. Menyambut tahun baru ni samalah ertinya dengan, ajal kita yang semakin hampir. Mungkin hari ni, mungkin kejap lagi lepas post entry Maal Hijrah ni. Macam biasa. Kata semua, kata Dia. Setiap yang hidup akan merasai mati. Bezanya cepat atau lambat. Namun, ketentuan-Nya, tak pernah salah. Takkan cepat sesaat atau lewat sesaat. Sentiasa tepat.
Biasanya ceramah-ceramah agama di pusat penyebaran ilmu(masjid, surau, madrasah, sekolah dll) akan bercakap tentang azam, niat. Macam2. Tapi kebanyakannya bercakap mengenai azam kita. Biasalah. Tahun baru, azam baru(kononnya). Padahal yang lama-lama tu pun entah bila nak dilaksanakan. Tapi tak salah pun kalau setiap tahun nak ada azam baru. Takde siapa cakap salah pun. Cuma masyarakat kita(khususnya rakyat twitter) yang aku nampak la. Sebab tu tempat lepak remaja2 kinii. Cehh. Hahaha. Setiap kali kita tweet pasal azam baru, semua mesti nak bash.
"Alah kau. Azam lama pun tah mana-mana. Nak azam baru. Puihh."
"Eleh kau ni. Konon nak jadi alim la ape la. Subuh pun subuh gajah. Berangan."
Haaaaa. Ni lah contohnya. Betul kan ? Istighfar jika kita(anda dan saya) pernah melakukannya. Astaghfirullah al'adzim. Yang pertama, tak kira lah azam baru ke azam lama. Azam ni kira macam keinginan kita. Kehendak kita. Apa yang kita nak untuk diri kita. Mestilah yang baik kan. Mana ada orang doa dekat Allah nak jadi pencuri. "Ya Allah. Jadikanlah aku pencuri." Ada ? Tak ada. Kedua, Berangan. Chilla la. Berangan bukan kena bayar pun. Beribadah pun tak kena bayar jugak. :) Berangan tinggi tinggi. Berangan tu ibarat kita punya perancangan. Perancangan dalam menjayakan kita punya azam tadi tuu. Janganlah bash. Gurau pun agaklahh kakak abang. Manalah tahuu, lepas korang bash dorang, terus patah semangat dorang.
Sebelum buat entry ni ada fikir 18 kali. Nak buat ke tak. Sebab takut tersalah menyampaikan. Sebab tadi ada dengar talk. Tu yang rasa nak share apa yg kita dengar. Sama-sama lahh. Kan best share ilmu. Takkan nak pandai sorang-sorang.
Jadi apa yang aku dengar ? Mungkin ada yang dah dengar, mungkin belum. Mungkin ada yang dengar sama-sama saya tadi. Haii ? Haha. K. Pertamanya, azam baru kan tadi ? Azam ni keinginan kita. Kita nak buat, mesti dengan niat. Niat ini apa ? Niat ini sama je dengan cakap2 kita dengan Allah. Cakap2 tu apa ? hmm. Komunikasii gittewww. Komunikasi kita dengan Tuhan. Bila selalunya kita komunikasi dengan Tuhan ? Bila nak makan. Time tu je lah kan ? Haha. Kita diajar dari kecil, sebelum makan, selepas makan, sebelum masuk tandas, selepas keluar tandas. Ada komunikasi tertentu kita dengan Tuhan kita. Supaya apa ? Supaya kita dilingungi. Tgh makan, dilindungi supaya makanan/rezeki yang kita terima tu halal, berkat, suci, dan ada kebaikannya. Masyarakat harini kurangnya komunikasi dengan Tuhan. Dorang fikir, komunikasi ni hanya dilakukan dengan tadah tangan lepas solat, sebelum makan, selepas makan, masuk tandas, keluar tandas. Tu je. Silap. Bila-bila je kita boeh berkomunikasi dengan Allah. Tak perlu tadah tangan pun takpe. Tengah study, ngantukk sangat. Cakap "Ya Allah. Nyantuknya aku. Hilangkanlah rasa ngantuk ini ya Allah. Aku nak menimba ilmu." Takkanlah Allah tak makbulkan. Sedangkan permintaan iblis dan syaitan untuk menghasut umat manusia pun Allah makbulkan. Inikan pula permintaan kita yang baik. In Shaa Allah pasti ditunaikan. Cuma cepat atau lambat. Perlu sabar je.
Nak tunaikan azam kita dengan lancar, ada perkara yang perlu diperbetulkan dan dipertimbangkan. Apa ek ? Haaaa. Yang pertama, akal kita. Perbetulkan akal kita. Aqidah kita. Aqidah kita apa ? Kita berpegang pada apa ? Ahli sunnah waljamaah. Okayy ASWJ ni luas sangat. Di Malaysia kita berpegang pada mazhab Syafi'i. Jadi ikut lah. Search lah. Kedua, kita kena sedar. Semuanya atas kekuasaan Allah s.w.t. Memang keinginan kita, memang usaha kita. Tapi siapa yg memberi keizinan ? Allah s.w.t. Awak ingat kalau Allah tak redha, awak mampu buat sorang-sorang ? Hmm ?
Oh broadband kejap ada kejap takde. Hmm. Kena cepat.
Okay last2. Tutur kita. Perbaiki. Kalau selalu kita cakap. "Aish. Bodohnya aku ni. Bila nak pandai macam sipulan tu." Ubah kepada. "Ya Allah. Bodohnya aku. Bukakan pintu hati aku untuk menerima ilmu Mu yang maha luas, Ya Allah." Sedar atau tidak, Apa2 yang pangkalnya Ya Allah, mesti benda tu jadi cantik. Walaupun perkara yang tak berapa nak cantik sangat kan. Okay kita sama2 belajar eh. :D
Okay2. Salam Maal Hijraah. Ampun maaf dipinta(macam hari raya ek. Hmm) Maaf zahir batin.
Semoga semua azam kita dapat dilaksanakan dengan baik dan diberkati oleh Allah s.w.t. Apa2, mintak je dari Dia. Allah maha Pemurah tau. :)
Sekian.
Thank you for reading.
