Tuesday, October 17, 2017

Existential crisis I - 20

Hi thereee. Apa khabar cumeeeee ?

20. Kenapa dengan 20 ?

Ya tahun 2017, umur aku cecah 20 tahun, precisely pada 11 May. Jadi kenapa dengan umur 20 tahun ?


Pada aku, umur 20, atau menjelang umur 20, sehingga 25 adalah umur confuse. Apsal confuse ?

1. Bila kau dah habis diploma dan kau confuse, nak kerja cari pengalaman dulu atau nak sambung belajar lagi bagi orang pandang sikit la kalau ada degree(padahal orang pandang kalau kau ada pengalaman bekerja).

Berdasarkan keputusan drastik tanpa berfikir yang aku buat, aku kerja dulu dengan Perbadanan Kota Buku, sampai bila ? Aku tak tahu. Haha. Jadi lagi confuse bila orang tanya kau buat apa je, kerja kau apa je. Weh susah beb nak explain, baik kau tak payah tanya. Sebab bila aku dah jawab aku buat apa, tiba-tiba timbul persoalan 'Eh kau bukan diploma matematik ke ? Ada kena mengena ke ?' Ha ini lagi lah panjang nak explain, sebab once kau menjelaskan tentang sesuatu, secara tidak langsung kau telah membangkitkan curiosity seseorang untuk tahu lebih lagi tanpa dorang pun sedar yang dorang tu sedang cuba untuk ambil tahu.

Niat sebenar aku ambil keputusan untuk kerja dulu sebabnya aku leka masa intern dulu, seronok sangat intern dekat Kota Buku ni sampaikan aku terlepas tarikh untuk mohon degree sesi Sept 2017. Jadi aku ambil kesempatan dari kelemahan aku sendiri untuk teruskan bekerja di sini memandangkan Kota Buku pun offer aku contract. Keduanya, sebab ini industri buku, sebagai pencinta buku yang suam-suam kuku, aku nak tahu macam-macam perkara yang sebelum ni aku tak tahu dan tak ambil tahu. Dan ini secara tidak langsung buat aku sayang dengan macam-macam benda. Ketiganya, sebab pengalaman, environment bekerja dan hubungan dengan orang. Sejak aku dekat sinila baru aku tahu pesta-pesta buku antarabangsa, cara nak komunikasi dengan pihak-pihak kerajaan yang ada prosedur, kenal individu-individu yang ada bahan tulisan yang padu tapi buku dorang kita tak tahu pun sebab eksklusif, dari sebesar benda sampailah ke husband akak dekat office ni sebenarnya member abang aku. Hahaha. Expect the unexpected gitu. So kena behave okay, nabilah. Takmo nakal. Seronok kan bila kau menjiwai apa yang kau buat, walaupun banyak sangat benda yang aku tak tahu lagi, tapi setakat ni aku bersyukur la dengan apa yang aku tahu dan aku nak tahu lebih lagi, bukan untuk dicanang baik buruk mereka tapi sebagai pengajaran dan contoh buat diri sendiri. Yang baik, dikongsi bersama, yang tak baik tu kita simpan, baiki lagi. Oh dan tidak sekali pun aku bekerja sebab duit. Ya, kerja dan dibayar, tapi gaji dan bayaran tu tak pernah sekali termasuk dalam senarai matlamat aku.

2. Bila kau nak sambung belajar tapi duit tak ada langsung ?

Ini aku. Haha. Aku peminjam PTPTN yang belum mula membayar hutang sebab PTPTN tak suruh bayaq lagi, so relax dulu k gais. Haha. Kerana terkenangkan hutang masa diploma yang banyak tu, aku mematikan(untuk sementara waktu) niat aku untuk sambung degree terus lepas diploma. Sebab kalau aku nak pinjam lagi untuk degree, anggaran jumlah hutang kalau aku terus sambung adalah sekitar RM 40k. Okay. Naik pentas amik degree dan terus diburu PTPTN untuk lunaskan RM40k selama ? Entah. Kalau mengikut kiraan aku, kira-kira 13 tahun, baru aku habis bayar. Hahahahahahahaha. Sebagai seorang anak bongsu yang sedar akan kelanjutan usia ibu dan ayah aku, aku taknak penuhkan fikiran dorang dengan, macam mana la anak aku nanti nak bayar hutang banyak-banyak tu. Jadi, takpelah. Biar aku timba pengalaman sikit, cari duit poket sikit. Sekurang-kurangnya nanti aku nak masuk degree 2018(in shaa Allah), aku ada tabungan aku untuk bayar yuran semester pertama dan untuk sara diri dan sebagainya. Bukan aku tak perlukan mereka, tapi aku taknak menyusahkan mereka lagi.

3. Nak sambung apa ? Matematik. Nak jadi apa ? Erm........ Fikir jap. Bye.

Haha. Ini common.

"Diploma dulu amik apa ? Study dekat mana ?"

"Matematik. UPSI."

"Ouh. Jadi cikgu lah nanti eh ?"

Ahh sudahh. Nak explain open course, apa menatang pulak aku nak explain open course blablabla ni kan. Iyekan ajelah. Mana tau jadi doa. Senang citer, jangan tanya aku nak jadi apa, aku memang clueless bab masa depan ni. Aku grab je apa peluang yang ada. Apa nak jadi, jadilah. Aku belajar pun sebab aku minat benda tu. Bukan sebab nak jadi akauntan, nak kira duit hari-hari, nak jadi ahli statistik, nak jadi itu ini. Aku belajar sebab aku nak tau matematik ni macam mana, apa ada disebalik matematik ni, sekadar simbol =+-/* dan nombor 0-9 sahaja ke, apa yang hebat sangat matematik ni. Aku nak belajar. Jadi, jangan la diperlekeh kata aku ni belajar benda sia-sia yang entah nanti nak kerja apa laaa blablabla. Buktinya sekarang, dengan diploma aku, aku dah kerja, walaupun contract, sementara. Tapi, point kau, aku belajar benda yang takde kerja nanti ? Tapi sekarang aku dah bekerja, so ? Haaaa. Cakap memang pakai mulut, tapi jangan lupa bawa otak sekali.

Akhirul kalam, umur 20 memang confuse. Zeriouz talk. Dan aku sertakan juga quote yang aku sematkan dalam diri walau terkadang aku juga alpa, jadi marilah kita saling mengingati.





p/s: Aku dah kata kan aku akan update selalu. Rasakan la. Haha. Post ini akan ada sambungan. In shaa Allah. Selamat bekerja.

Monday, October 16, 2017

Public Transport VS Attitude



Hi there.

So pagi ni aku gerak pergi kerja macam biasa. Jalan kaki dari rumah ke stesen LRT. Selalunya biasa-biasa je orang, harini kemain beratoq nak naik LRT ke Sentul Timur tu. Ahh sudah. Jangan dia buat hal la kan dalam hati ni dah menjerit berteriaq. Nak dijadikan cerita, memang dia buat hal pun kahkahkah.

Tapi hal dekat bawah ni bukan masa LRT buat hal je, memang setiap masa pun jadi. Hmm.

Jadi, kisahnya bermula dengan beratoq panjang tadi.

K. First. Kau dah tau kau nak kena sampai office pukul berapa, perjalanan kau ambil masa berapa lama, dah la naik public transport, dia buatnya LRT tu macam ayah dia punya. Eh. Eh Eh. Aku jotos kang. Aku(dan beberapa orang lagi) dengan penuh kesabaran dan berhematnya beratur, engko dah la lambat, main serbu je bila pintu tu terbukak. Tak payah nak kejar-kejar pintu tu(macam orang bodoh), pintu tu memang betul-betul terbukak dekat tempat yang kau beratur(kalau kau beratur la). Ya, kau dah lambat nak pergi kerja, semua orang pun nak cepat, semua orang pun ada urusan masing-masing. Fikirlah otak......... Haha. Fikirlah sikit. Yang naik LRT tu bukannya budak bawah umur, majoriti umur 25 keatas. Takkan takde otak kot. Eh. Takkan tak boleh fikir kot. Ha, settle hal dekat luar, meh kita masuk dalam.

Dah masuk dalam LRT(syukur tadi masa aku masuk LRT dah lengang, jadi takde adegan sorang member tertinggal dekat luar, sorang muat nak masuk), masuk la dalam lagi woi penuhkan bahagian dalam, kesian kot orang dekat stesen lain tak dapat nak masuk sebab depan pintu tu dah penuh tapi dekat bahagian yang kau kena pegang tempat bergayut(seperti gambar dibawah) tu takde orang nak berdiri. Ya ampunnnn.



Image result for dalam lrt
Gambar hiasan sumber Google Image, Thanks google. 
Penuhkan la kak, takpela kalau kau nak keluar dekat stesen lepas ni ke apa, nak keluar nanti dah sampai stesen kita cerita, ni sekarang orang nak masuk, kesian lahai aku tengok je tadi ada amoi tertinggal dekat stesen Plaza Rakyat sebab dekat depan pintu tu penuh orang, tapi dekat tempat bergayut tu boleh lagi masuk sebenarnya dalam 5-6 orang gitu. Aduhai.

HA LAGI SATU TERLUPA. Weh tiang tu memang ada saka ke apa. Apehal semua orang bila masuk je, kalau takde tempat duduk, mesti cari tiang. sekali dia dah pegang tiang tu, jangan harap la dia nak lepaskan. Tapi okay lagi pegang, ni dah macam-macam pesen aku tengok, ada yang sandar dekat tiang tu, dah orang lain tak boleh nak pegang, ada yang peluk macam nak bawak balik rumah pun ada, ada yang peluk sampai dia punya teeeeeeeeeeeeeet tu dekat situ macam tersepit, so bila orang lain yang pegang tiang tu macam terkena benda tu, ha kan dah serba salah, jadi sexual harassment pulaks. 


Bertimbang rasa la gais. Kita kan sama-sama pengguna. Kita juga sama-sama pengguna yang tertindas. Eh. Haha. Takde la. Janganlah pentingkan diri sangat-sangat. Tak rugi pun kalau kau beratur elok-elok, masuk dalam sikit bagi ruang dekat orang lain nak masuk, bukannya aku suruh peluk erat-erat rapat-rapat, takde suruh peluk pun, cuma masuk dalam bagi ruang dekat orang lain. Tu je. 


K. Sekian. Selamat Bekerja.