Thursday, April 12, 2018

#BR3 Pelukis Jalanan by Teme Abdullah

Assalamualaikum.

Jujur lah, ini kali ke 33 aku bukak laptop untuk update, tapi masih hampa hambar. Okay, since aku baru je habiskan baca satu buku, jadi aku akan buat book review lagi untuk post harini haha.

Buku ni popular dikalangan pembaca yang muda mudi(If you know about this book, you're young 😉😉), sebab penulisnya popular dekat Instagram, twitter dan identitinya misteri. Siapa lagi kalau bukan Teme Abdullah. Aku baca first novel dia, which is Pelukis Jalanan. Dan aku rasa aku akan perlu untuk baca buku kedua ketiga keempat dan seterusnya. Kau orang juga.


Image result for buku pelukis jalanan
Image by Google

Aku mula-mula kurang minat nak baca sebab aku ingat bukunya macam travelog, dan aku ingatkan dia macam terlalu islamik. Ouh rupanya ia sangat berkait rapat dengan kehidupan kita walaupun dia di benua lain. Mungkin lagi boleh relate kalau kau seorang student di menara gading tak kira la di universiti tempatan ataupun luar negara. Aku beli buku ni bulan Februari haritu, dan April baru aku betul-betul baca. The book is simple yet complicated. Aku baca dengan perasaan yang bercampur baur. Aku kagum dengan kesabaran yang dia ada untuk dia lalui semua tu. It’s true that we don’t know how strong we are until being strong is the only thing that we can do.

Kenapa aku kata perasaan bercampur baur ? Sebab dia bawa aku untuk bersama dalam keadaan dia, dia buat aku fikir adakah aku patut bertindak ikut emosi atau akal fikiran atau aku harus serahkan segalanya pada Tuhan semata-mata atau bagaimana ? Tepuk dada, tanya iman sendiri. Tuhan sentiasa ada bersama orang-orang yang sabar.

Penulisannya juga membuatkan aku yakin, bagaimana ibu bapa kau mendidik kau, begitulah kau akan jadi. Kalau baik, maka baiklah kau. Kalau kurang baik, maka itu jugalah kau akan jadi. Tapi ibu bapa mana yang didik anak mereka untuk jadi tak baik kan ? And after all, the choice is all yours.

Buku yang memberi aku inspirasi untuk jadi lebih yakin dengan aturan Tuhan. Aku rasa aku perlu ambil pensel dan pembaris untuk aku gariskan perkara-perkara yang penting serta motivasi yang disertakan dalam buku dia. Dia cuma manusia biasa juga seperti kita, tapi apa yang membezakan kita semua dan dia adalah bagaimana dia melalui hari-harinya, bagaimana dia terus bersangka baik dengan Tuhannya, bagaimana dia memandang sesuatu perkara itu, aku kagum dengan peribadi dirinya yang sangat positif dan cepat menyedari sesuatu kesilapan yang dia lakukan. Dari sekecil-kecil perkara, sampai sebesar-besarnya, dia bersangka baik, walaupun terkadang, takdir tidak menyebelahinya, dia tetap sabar. Dan apa yang Tuhan balas atas kesabaran dia, luar biasa. Tuhan mudahkan jalan untuk dia. Aku yang membaca, seakan tersedar, tak ada perkara yang sia-sia andai kau lakukan semuanya atas niat suci dan pada jalan yang betul.

Jadi, andai kau rasa hidup kau dah tak bermakna lagi, Tuhan tidak pernah menyebelahi diri kau, maka pergi mana-mana kedai buku berdekatan dan belilah buku Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan. Sedikit-sebanyak, ia akan mengubah cara kau memandang kehidupan.


Check out his Instagram account (Teme Abdullah), and do support his artwork because it’s incredible. 

Dekat sini aku sertakan some of the content of Pelukis Jalanan which caught my eyes and mind.


The original piece of the front cover.
I like the words. Reminds me to be humble and tidak menyalahguna nikmat yang Allah bagi dekat kita.


And the easiest way to be thankful and humble. You are not yours.

 Sekian, that's all from me for now. Thank you for reading. And keep on reading the good things. May all the good be with you. In shaa Allah.

Assalamualaikum.



Tuesday, January 9, 2018

#BR2 Seyogia by Amal Hamsan



Yo. Assalamualaikum gais.

Image result for seyogia
Credit to Google Image

Saat aku tulis entry ni, air mata aku tak berhenti mengalir mengenangkan tentang kisah dalam buku Seyogia tulisan Amal Hamsan yang diterbitkan oleh Lejen Press. Aku beli buku ni di Pesta Buku MARA bulan lepas kot(Disember 2017). Tak ingat.

Wataknya seakan hidup dan ada dekat dengan aku. Sungguh, sayu.

Sarat dengan perhubungan antara manusia dan peranan manusia itu sendiri walaupun tidak mengenali antara satu dengan yang lain. Just be good to everyone, and the good will come back to you, In Shaa Allah.

Permulaan cerita yang aku kira sangat menarik, tentang hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak-anak yang tidak harmoni dan dua beradik yang begitu akrab mempertahankan diri masing-masing di saat mereka memerlukan. Masalah kekeluargaan ini aku kira adalah masalah terbesar seseorang manusia itu boleh hadapi. Kerana walau apa pun terjadi, keluarga kau lah segalanya dan kepada mereka tempat kau kembali untuk bersandar merehatkan diri. Namun jika tulang belakang kau dah patah riuk, bagaimana mungkin kau mampu berdiri teguh begini hari ini ?

Nilai ketuhanan dan teguran-teguran yang halus tapi terkesan dalam diri aku sendiri. Walau rebel mana pun kau, Tuhan adalah tempat kau bergantung harap di saat kau tak punya apa-apa lagi(dan di saat kau punya segalanya), bahkan di saat kau merasakan yang kau sudah kehilangan diri kau sendiri, sedarlah bahawa Tuhan itu ada dan sentiasa mendengar rintihan hambaNya walau kau tak berkata apa-apa padaNya, walau kau tak ingat langsung padaNya, Dia tentiasa ingat pada kau.

Yang paling menarik pada aku adalah hubungan abang dan adik yang rapat sangat, dia buatkan aku sayu dan sedih di akhir cerita ini. Sungguh, walau abang-abang aku tak begini(seperti dalam cerita), sungguh aku merasa kasih dan sayang pada mereka dan minta dijauhkan dari segala perkara buruk yang tidak diingini. Bacalah jika kau dah bersedia untuk merasai sayunya perjalanan hidup seorang Jard.

Cerita yang penuh emosi sampai aku terpaksa berhenti baca seketika(3 hari) untuk aku kumpulkan kembali kekuatan dalam diri kerana aku rasa sayu, sungguh sayu seperti aku yang perlu berhadapan dengan situasi-situasi cemas yang dilalui Jazreen, Jazman dan Laila.

Terima kasih Amal Hamsan kerana bagi aku "rasa".

"Being alone never felt right.Sometimes it felt good, but it never felt right." 
- Charles Bukowski

Semoga tulisan ini juga bagi manfaaat kepada sang pembaca, atau setidaknya menarik minat kau orang untuk membaca.

p/s : Buat mereka yang sudah tidak punya salah satunya atau keduanya(ibu bapa), aku mohon ampun dan maaf andai post ini mengguriskan hati kalian di mana-mana. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan antara orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.

Thank you for reading.


Friday, December 8, 2017

#BR1 The Boy Who Lost His Sight by Bella Zamri Published by Terfaktab Vine

Assalaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaamualaikum.

So, seperti yang dijanjikan, aku akan review buku macam tajuk atas tu. Takdelah review sangat. Tapi lebih kepada perkongsian pembacaan aku dan point of view aku terhadap buku ni.

Okay, tak reti sebenarnya nak review dalam bentuk penulisan ni sebab aku yakin, aku akan melompat dari bab 1 ke bab 4 terus, patu tetiba pergi bab 2. Eh lepastu habiss. Ha. Gitu. Haha. Mohon faham ya. Ini book review aku kedua selepas aku review Adli Margera : Tenggelamnya Harta Karun Van Der Wijck by Nami Cob Nobbler di Perbadanan Kota Buku dalam slot resensi haritu. Tengoklah dekat Facebook Live hihi.

Okay. Sila berhenti merepek.

Jadi wujudnya buku ini bermula di wattpad Bella Zamri , sekarang pembaca novel ini di wattpad mencecah 16.9 juta. Gila banyak kan.

The Boy Who Lost His Sight by Bella Zamri.


Image result for THE BOY who lost his sight
Tadaaaa. Thanks google for the gambar.

Ceritanya dimulakan dengan mendaratnya Ellie Burke dan adik dia Sophie Burke dari Lenoir ke Florida, tempat abang dia Aaron Burke. Dia berhijrah ke Florida sebab kedua ibu bapa dia meninggal sebab accident. Sophie dan Ellie dijaga oleh makcik dorang. Tapi kemudian bila abang dia dah mampu nak tanggung dorang, dorang ke Florida.

Kematian kedua ibu bapa, bukan satu benda mudah yang boleh diterima dek akal. Kehidupan dia berubah 360°.

Apa yang menariknya di Florida adalah bila dia sekolah dekat sana. Orang pertama yang tegur dia adalah Reese. Dia tolong pergi amik jadual kelas dekat office, tunjukkan kelas apa semua laa. First kelas dia adalah kelas English. Cikgu dia Ms Gail. Dan di sebelah dia, Riley Flynn.

Obviously, cerita ni tentang seorang lelaki yang buta. Siapa ? Nama dia Riley Flynn. Ya. Yang duduk sebelah Ellie. Macam mana dia boleh buta, kau kena baca buku ni. Aku takkan cerita detail kihkih. Kehidupan Riley juga berubah 360° lepas dia buta. Dia jadi introvert. Dia taknak bergaul dengan orang sebab dia taknak orang rasa simpati dengan dia. Dia taknak orang kesian dengan tragedi yang menimpa diri dia. Dia rasa, walaupun dia buta, dia boleh buat semua benda sendiri. Bila dekat sekolah, dia cuma bergaul dengan Ms. Gail sahaja. Dia carpool dengan Ms. Gail, makan lunch dalam office Ms. Gail. Kenapa dorang rapat sangat ? Apa hubungan dorang sebenarnya ? Adakah Ms Gail buat baik dgn Riley sbb dia yang menyebabkan Riley buta ? Racieeeew.

Lepas si Riley ni buta, takde siapa yang akan bercakap dengan Riley. Dia pun takkan bercakap dengan sesiapa. Dia takde kawan. Dia cuma berinteraksi dengan Ms Gail sahaja. Tapi sejak si Ellie ni duduk sebelah dia dalam kelas English. Ellie ni rasa macam bertanggungjawab untuk tolong Riley. Walaupun Riley akan tolak pertolongan dia, taknak cakap dengan dia, sebab Riley rasa Ellie ni annoying dan tak faham bahasa. Perempuan biasalah. Haha. Dia pun nak tau jugak la apsal dengan mamat Riley ni. Dah la buta, lepastu sombong taknak orang tolong apa semua. Konon macam boleh survive.

Kemudian Ellie berjumpa dengan Aiden. Aiden ni kapten bola keranjang. Rasa kelakor pulak baca buku english, tapi review bahasa melayu. Ah lantak. K. Aiden ni baik ahh. Dulu Riley dengan Aiden ni main dalam team yang sama tapi Riley ni kapten. Tapi semenjak dia buta, Aiden ni ambil tempat dia. Jadi, sejak itu, Riley juga menjauhkan diri dari Aiden. Apsal ? Racieww. Aiden selalu buat slack masa game. Sebab dia rasa benda sekarang dah tak sama macam dulu. Dulu boleh main sekali dengan Riley, walaupun Aiden bukan kapten, tapi seronok aaa kan main dengan bestfreind. Sekarang macam kehilangan gitu.

Blablablabla. Ala macam panjang nak cerita satu-satu. Okay aku skip.

Sampai satu masa, satu per satu benda Ellie bongkar. Tak la bongkar, tapi secara tak sengaja, dia tau. Siapa Ben, Aiden, Riley, Ms Gail, parents Riley. Sejarah mereka berkawan, hubungan kekeluargaan Riley sebenarnya macam mana. Sampai satu tahap, Riley dan Ellie jadi rapat sangat. Kira bercinta gitu aa. Tapi aku skip aa part ni sebab aku tak minat sangat part bercinta ni. Rasa menyampah ahahahahahaha. Bukan menyampah apa pun, sebab macam dah bosan la asek2 cinta je. Gitu. Sebab aku expect dorang punya friendship hingga ke akhirnya. Takde bercinta ni. Hm.

Pada part akhir buku ni, bab 19 kot, Riley ada cakap dia nak buat pembedahan mata. Adakah dia selamat ? Happy ending macam cerita fantasi yang lain ? Adakah dia dapat melihat semula ? Kalau pun dia dapat lihat semula, adakah dia akan terima Ellie punya rupa bentuk fizikal ?

Banyak sangat nak cerita. Aku habiskan dekat sini je la. Yang lain baca sendiri.

Secara keseluruhannya, aku suka buku ni. Sebab jujurnya, aku agak taksub dengan penulisan satu penulis sahaja. Jadi bila aku baca karya penulis lain aku takut aku expect karya yang macam penulis satu tu, atau lebih hebat. Tapi selalunya menghampakan la. Tapi ini, okaylah. Sebagai pembaca yang slow, aku habiskan baca buku ni dalam masa kurang dari 4 hari. Kira okaylah tu. Saya bagi ★★★★

Satunya, sebab buku ni yang aku nampak unsur persahabatan. Jenis aku, aku suka baca buku yang ceritanya tak seiring dengan kehidupan aku. Faham aaaaak. Aku takde persahabatan yang macam Ellie, Ben, Aiden, Reese ada. Jadi bila aku baca, aku rasa macam aku ada sekali dengan diorangg. Gitu. Keduanya family bond. Family bond antara Ellie, Aaron dan Sophie ni rapat sangat. Yela dah takde parents kan. Diorang ada satu sama lain je. Jadi, bila Aaron peduli dengan Ellie, aku dapat rasa juga aku ada seorang abang yang pedulikan aku walaupun kenyataannya Tuhan sahaja yang tahu. Family bond antara Riley dengan parents dia pun aku kagum juga. Walaupun tak bertegur sapa, sebabkan pembedahan tu, kita tau sebenarnya tiada ibu bapa yang tak peduli pada anak dia.

Sekiaaaan. Tu je lah kot. 


Sekian lagii bye.

Thank you for reading.