Assalamualaikum.
Jujur lah, ini kali ke 33 aku bukak laptop untuk update,
tapi masih hampa hambar. Okay, since aku baru je habiskan baca satu buku, jadi aku
akan buat book review lagi untuk post harini haha.
Buku ni popular dikalangan pembaca yang muda mudi(If you know about this book, you're young 😉😉), sebab
penulisnya popular dekat Instagram, twitter dan identitinya misteri. Siapa lagi
kalau bukan Teme Abdullah. Aku baca first novel dia, which is Pelukis Jalanan. Dan aku rasa aku akan perlu untuk baca buku kedua ketiga keempat dan seterusnya. Kau orang juga.
![]() |
| Image by Google |
Aku mula-mula kurang minat nak baca sebab aku ingat
bukunya macam travelog, dan aku ingatkan dia macam terlalu islamik. Ouh rupanya
ia sangat berkait rapat dengan kehidupan kita walaupun dia di benua lain.
Mungkin lagi boleh relate kalau kau seorang student di menara gading tak kira
la di universiti tempatan ataupun luar negara. Aku beli buku ni bulan Februari
haritu, dan April baru aku betul-betul baca. The book is simple yet
complicated. Aku baca dengan perasaan yang bercampur baur. Aku kagum dengan
kesabaran yang dia ada untuk dia lalui semua tu. It’s true that we don’t know how
strong we are until being strong is the only thing that we can do.
Kenapa aku kata perasaan bercampur baur ? Sebab dia bawa aku
untuk bersama dalam keadaan dia, dia buat aku fikir adakah aku patut bertindak
ikut emosi atau akal fikiran atau aku harus serahkan segalanya pada Tuhan
semata-mata atau bagaimana ? Tepuk dada, tanya iman sendiri. Tuhan sentiasa ada
bersama orang-orang yang sabar.
Penulisannya juga membuatkan aku yakin, bagaimana ibu bapa
kau mendidik kau, begitulah kau akan jadi. Kalau baik, maka baiklah kau. Kalau
kurang baik, maka itu jugalah kau akan jadi. Tapi ibu bapa mana yang didik anak mereka untuk jadi tak baik kan ? And after all, the choice is all yours.
Buku yang memberi aku inspirasi untuk jadi lebih yakin
dengan aturan Tuhan. Aku rasa aku perlu ambil pensel dan pembaris untuk aku
gariskan perkara-perkara yang penting serta motivasi yang disertakan dalam buku
dia. Dia cuma manusia biasa juga seperti kita, tapi apa yang membezakan kita
semua dan dia adalah bagaimana dia melalui hari-harinya, bagaimana dia terus
bersangka baik dengan Tuhannya, bagaimana dia memandang sesuatu perkara itu,
aku kagum dengan peribadi dirinya yang sangat positif dan cepat menyedari
sesuatu kesilapan yang dia lakukan. Dari sekecil-kecil perkara, sampai
sebesar-besarnya, dia bersangka baik,
walaupun terkadang, takdir tidak menyebelahinya, dia tetap sabar. Dan apa yang
Tuhan balas atas kesabaran dia, luar biasa. Tuhan mudahkan jalan untuk dia. Aku
yang membaca, seakan tersedar, tak ada perkara yang sia-sia andai kau lakukan
semuanya atas niat suci dan pada jalan yang betul.
Jadi, andai kau rasa hidup kau dah tak bermakna lagi,
Tuhan tidak pernah menyebelahi diri kau, maka pergi mana-mana kedai buku
berdekatan dan belilah buku Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan. Sedikit-sebanyak, ia akan mengubah cara kau memandang kehidupan.
Check out his Instagram account (Teme Abdullah), and do support his artwork because
it’s incredible.
Dekat sini aku sertakan some of the content of Pelukis Jalanan which caught my eyes and mind.
![]() |
| The original piece of the front cover. |
![]() |
| I like the words. Reminds me to be humble and tidak menyalahguna nikmat yang Allah bagi dekat kita. |



