Tuesday, October 13, 2015

1437

Assalamualaikum.



Haluuuuuuuu. Anybody home ? Entry kali ni agak Islamik sikit. Haruslahhhh. Maal hijrah kann. I pun nak pahala jugak. :) Haha. Mesti hang phone masing2 malam ni sebab banyak sangat whatsapp group yang forward message sama berkenaan Maal Hijrah. Kan ? Hahaha.


1. Message yang sama dari orang yang berbeza.
2. Message yang sama dari orang yang sama, group yang berbeza.
3. Message yang sama dari orang yang berbeza, group yang sama.


Tujuannya sama. Pointnya sama. Untuk apa ? Semuanya tentang maal hijrah. Maal hijrah ini apa ? Sama je maksudnya dengan Awal Muharram. Ertinya apa awal muharram ni ? Ertinya, umat Islam menyambut tahun baruuuu. Alhamdulillah. Menyambut tahun baru ni samalah ertinya dengan, ajal kita yang semakin hampir. Mungkin hari ni, mungkin kejap lagi lepas post entry Maal Hijrah ni. Macam biasa. Kata semua, kata Dia. Setiap yang hidup akan merasai mati. Bezanya cepat atau lambat. Namun, ketentuan-Nya, tak pernah salah. Takkan cepat sesaat atau lewat sesaat. Sentiasa tepat.

Biasanya ceramah-ceramah agama di pusat penyebaran ilmu(masjid, surau, madrasah, sekolah dll) akan bercakap tentang azam, niat. Macam2. Tapi kebanyakannya bercakap mengenai azam kita. Biasalah. Tahun baru, azam baru(kononnya). Padahal yang lama-lama tu pun entah bila nak dilaksanakan. Tapi tak salah pun kalau setiap tahun nak ada azam baru. Takde siapa cakap salah pun. Cuma masyarakat kita(khususnya rakyat twitter) yang aku nampak la. Sebab tu tempat lepak remaja2 kinii. Cehh. Hahaha. Setiap kali kita tweet pasal azam baru, semua mesti nak bash. 

"Alah kau. Azam lama pun tah mana-mana. Nak azam baru. Puihh."

"Eleh kau ni. Konon nak jadi alim la ape la. Subuh pun subuh gajah. Berangan."

Haaaaa. Ni lah contohnya. Betul kan ? Istighfar jika kita(anda dan saya) pernah melakukannya. Astaghfirullah al'adzim. Yang pertama, tak kira lah azam baru ke azam lama. Azam ni kira macam keinginan kita. Kehendak kita. Apa yang kita nak untuk diri kita. Mestilah yang baik kan. Mana ada orang doa dekat Allah nak jadi pencuri. "Ya Allah. Jadikanlah aku pencuri." Ada ? Tak ada. Kedua, Berangan. Chilla la. Berangan bukan kena bayar pun. Beribadah pun tak kena bayar jugak. :) Berangan tinggi tinggi. Berangan tu ibarat kita punya perancangan. Perancangan dalam menjayakan kita punya azam tadi tuu. Janganlah bash. Gurau pun agaklahh kakak abang. Manalah tahuu, lepas korang bash dorang, terus patah semangat dorang. 

Sebelum buat entry ni ada fikir 18 kali. Nak buat ke tak. Sebab takut tersalah menyampaikan. Sebab tadi ada dengar talk. Tu yang rasa nak share apa yg kita dengar. Sama-sama lahh. Kan best share ilmu. Takkan nak pandai sorang-sorang. 

Jadi apa yang aku dengar ? Mungkin ada yang dah dengar, mungkin belum. Mungkin ada yang dengar sama-sama saya tadi. Haii ? Haha. K. Pertamanya, azam baru kan tadi ? Azam ni keinginan kita. Kita nak buat, mesti dengan niat. Niat ini apa ? Niat ini sama je dengan cakap2 kita dengan Allah. Cakap2 tu apa ? hmm. Komunikasii gittewww. Komunikasi kita dengan Tuhan. Bila selalunya kita komunikasi dengan Tuhan ? Bila nak makan. Time tu je lah kan ? Haha. Kita diajar dari kecil, sebelum makan, selepas makan, sebelum masuk tandas, selepas keluar tandas. Ada komunikasi tertentu kita dengan Tuhan kita. Supaya apa ? Supaya kita dilingungi. Tgh makan, dilindungi supaya makanan/rezeki yang kita terima tu halal, berkat, suci, dan ada kebaikannya. Masyarakat harini kurangnya komunikasi dengan Tuhan. Dorang fikir, komunikasi ni hanya dilakukan dengan tadah tangan lepas solat, sebelum makan, selepas makan, masuk tandas, keluar tandas. Tu je. Silap. Bila-bila je kita boeh berkomunikasi dengan Allah. Tak perlu tadah tangan pun takpe. Tengah study, ngantukk sangat. Cakap "Ya Allah. Nyantuknya aku. Hilangkanlah rasa ngantuk ini ya Allah. Aku nak menimba ilmu." Takkanlah Allah tak makbulkan. Sedangkan permintaan iblis dan syaitan untuk menghasut umat manusia pun Allah makbulkan. Inikan pula permintaan kita yang baik. In Shaa Allah pasti ditunaikan. Cuma cepat atau lambat. Perlu sabar je.

Nak tunaikan azam kita dengan lancar, ada perkara yang perlu diperbetulkan dan dipertimbangkan. Apa ek ? Haaaa. Yang pertama, akal kita. Perbetulkan akal kita. Aqidah kita. Aqidah kita apa ? Kita berpegang pada apa ? Ahli sunnah waljamaah. Okayy ASWJ ni luas sangat. Di Malaysia kita berpegang pada mazhab Syafi'i. Jadi ikut lah. Search lah. Kedua, kita kena sedar. Semuanya atas kekuasaan Allah s.w.t. Memang keinginan kita, memang usaha kita. Tapi siapa yg memberi keizinan ? Allah s.w.t. Awak ingat kalau Allah tak redha, awak mampu buat sorang-sorang ? Hmm ?

Oh broadband kejap ada kejap takde. Hmm. Kena cepat.

Okay last2. Tutur kita. Perbaiki. Kalau selalu kita cakap. "Aish. Bodohnya aku ni. Bila nak pandai macam sipulan tu." Ubah kepada. "Ya Allah. Bodohnya aku. Bukakan pintu hati aku untuk menerima ilmu Mu yang maha luas, Ya Allah." Sedar atau tidak, Apa2 yang pangkalnya Ya Allah, mesti benda tu jadi cantik. Walaupun perkara yang tak berapa nak cantik sangat kan. Okay kita sama2 belajar eh. :D

Okay2. Salam Maal Hijraah. Ampun maaf dipinta(macam hari raya ek. Hmm) Maaf zahir batin. 
Semoga semua azam kita dapat dilaksanakan dengan baik dan diberkati oleh Allah s.w.t. Apa2, mintak je dari Dia. Allah maha Pemurah tau. :)


Sekian. 



Thank you for reading.


Friday, October 9, 2015

Bas

Assalamualaikum.



Hai. Okay. Tengok tajuk macam. Erm, Bas ? Seriously what are you going to say about bus ? Nothing to do with our daily life. Seriously, ada. Baca dulu. This is only an opinion. What I see about bus lah. Maybe lain dengan pendapat korang. Tapi ini cuma pendapat. Takde yang betul tak ada yang salah(Lecturer BM I yg cakap). Hihi.


So, where do I see bus ? Memandangkan aku melanjutkan pelajaran di UPSI, dan UPSI bukanlah sebuah universiti yang bapakk besar sekali masuk boleh hilang tak tahu jalan keluar. Tapi UPSI ni ada 2 kampus which is Kampus Sultan Azlan Shah and Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. We used to called it as kampus lama and kampus baru. The distance is not so far, just 7km kot. Aku rasalah. Haha. 9minit cemtuuu. Tapi untuk jalan kaki itu mustahil sebab hutan kiri kanan. Jadi kita naik bas ye kawan-kawan.

So berapa ramai yang naik bas ? Memandangkan kini pelajar Ijazah Sarjana Muda(ISM) dah mula mendaftarkan diri about 3 weeks ago kot. Kalau dulu bolehlah bersenang lenang dalam bas. Kini tidak lagi. Okay. Jadi barangkali kau boleh membayangkan betapa sardinnya sebuah bas nak muatkan pelajar Dip dan ISM setiap hari setiap masa tanpa rasa jemu. Well, jemu lah jugak. Purata jam 8 pagi memang ramai gila ada kelas dekat kampus lama which is you need to terpacak at 6.30a.m-6,45a.m to SIT in the bus. Aku biasanya datang sekadar untuk NAIK bas. Tak terlintas di fikiran ku yang naif ini untuk duduk. Paling bernasib tak baik pun, aku kena naik 2nd or 3rd bas. Ini benda biasa sebab aku menyampah bab bab berebut macam budak budak. Untung sikit, aku dapatlah berdiri depan pintu masuk memerhati permandangan indah di pagi hari. 

Jadi, kenapa dengan bas ? Hahahahaha. Aku dah lupa senanya. Hmm. Okayy. Kenapa dengan bas ? Kejadian ini berlaku petang tadi bila aku nak balik ke kampus baru aku sebab kolej semua dekat sana kan. Jam menunjukkan pukul 5pm masa tu. Aku terpacak dgn kawan2 serumah untuk naik bas. Mungkin disebabkan mood harini agak swing ditiup angin kencanggggg, jadi aku malas nak kesah dapat naik ke tak, Aku berdiri paling belakang sekali menonton "budak tadika" berebut naik bas. You see here, bukan nak buka aib ke apa. Benda ni aku tengok merata. Ghairah sangat nak naik bas. Entah lah, mungkin jatuh cinta dengan pakcik bas atau bau bas tu wangi ke apa aku pun tak tahu. Macam ada satu obsesi bila nampak bas, semua kelam kabut berdiri agak2 bas benti dkt mana so kau harap bas berhenti tepat depan kaki kau so senang kau dapat masuk dan duduk.

That is not the way kakak abang. You are 20 kot. Paling muda pun 18. Should be matured enough to think.

Okay sambung. Jadi setelah menonton tu, aku tengok sorang akak ni yang terakhir naik bas, dia berdiri betul2 depan pintu bas. So kena squeeze dia punya badan sikit bila pintu nak tutup/bukak. Kesian aku tengok. Sepatutnya aku naik bas tu jugak. Tapi ada seorang abang di belakang aku yang turut memerhati gelagat kanak-kanak naik bas tu cakap "Kejap lagi ada lagi satu bas. Kita naik bas tu je lah. Tak ramai sangat. Okay ? Tunggu sekejap je." So aku pun ok je lah. Tunggu lebih kurang 30 saat dan sebuah bas kosong untuk ke kolej aku tiba depan mata. So aku senyum dekat abang tadi tanda terima kasih. Aku naik tanpa perlu berebut dengan manusia lain dan terus duduk sorang2 dekat seat belakang driver tu memandangkan kawan serumah aku semua berjaya naik bas sardin pertama tadi. While aku naik bas yang indah. Ada lah dalam 7 orang dalam bas tu sebab semua berebut nak naik 1st bas tadi. So, kau dah nampak tak apa yang sebenarnya aku nak cakap ?

Mungkin terlalu banyak baca novel LejenPress which I think sesuai dengan aku. Jadi, Aku kerap ingin menyuarakan pendapat aku tentang life. Hahaha. Sukahati lahhhhh.

Tapi inilah yang ku rasakan. Semua dalam kehidupan ni, bila kita desperate, semua kita nak segera. Contoh macam nak pergi kelas pukul 3 petang tapi tertidur lepas zuhur and you need to take any bus yang ada even penuh sebab desperate. Padahal 30 saat lepas tu ada je bas. Kau je dah tak boleh nak fikir lagi sebab dah lambat. Cuba kalau kita relax dan bertenang dan tunggu sekejap. Kita dapat naik bas yang lebih selesa. In other words. Kalau kita tengah desperate nak kan something yang desperate gila punyaa, janganlah terus buat keputusan and grab je apa apa depan mata. Stop sekejap. Fikir dulu. Patut ke kau grab, atau tunggu je sekejap. Mungkin kejap lagi ada something better. Kita tak tau. Apa yang Tuhan dah aturkan untuk kita. Tapi kalau benda tu berbaloi untuk kau tunggu sekejap jee. Tunggulah. 

"Oh macam tu je ke conclusionnya ?"

Haha. Macam tu lah. Apa apa nak buat pun, fikirlah dulu. Sebenarnya, dalam kita tak sedar, banyak je perkara kecil yang berlaku depan mata kita ni yang dapat ajar kita banyak erti dalam hidup. Kalau kau fikir lah. Kalau kau just "Lantak lahhh". Ha takde lahh kot ertinya tu. Contoh benda kecik ? Contohnya macam kau makan roti di tengah hari sebab tak cukup duit nak makan dan atm rosak. Tapi malam tu member kau belanja kau mamak. Kan ke ada erti disebaik tu ? Haha. Makan kot. Come on. Tapi in real life pun ada jugak ertinya. Apa ertinya ? Fikirlah. Malas betul.



(Gambar hiasan)



Thank you for reading.


Monday, September 28, 2015

Raja



Assalamualaikum


Okay tengok tajuk rasa-rasa pasal apa ? Haha.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Okay semua salah. Hari ini bertarikh 28 September adalah hari lahir ayah.
Happy birthday diucapkan buat ayahanda tercinta. Ayah lah buah hati pengarang jantung. Hihi. Semoga panjang umur dimurahkan rezeki, ada umur nanti boleh sampai Makkah dengan ibu buat umrah dan haji. Amiiiiiin.

Ayah, terima kasih besarkan along, angah, akak, acik dan ebin. Terima kasih ayah. Ayah jaga kesihatan. Nanti tengok acik dgn ebin naik pentas amik ijazah tau. :D Ha sambung. Terima kasih bagi makan pakai yang lebih dari cukup. Terima kasih hantar amik pergi sekolah setiap hari, pergi kawad lagi, tolong hantar kawan balik rumah lagii. Haa. Macehhh. Terima kasih. Sejujurnya memang tak berani nak cakap macam ni depan ayah. Jadi, kita tulis dan ayah baca eh. Hehe.



Credit to Facebook Azizi Zainodin.


Ayah yang segak bergaya. Memang nampak tegas. Memang nampak garang. Tapi, inilah yang paling lembut bila bertanya. Inilah paling lembut bila memberi nasihat. Inilah paling lembut bila apa apa punn. Ayah, ayahlah raja dalam hati ebin. Haha. Love you.


Happy birthday yang ke-64 tau. Nah kek.




Doakan ebin exam pukul 9pagi nii. Love you ayah. 


Thank you for reading



Sunday, September 27, 2015

Cakk !!



Assalamualaikum.

Terpanggil untuk buat blog yang ke 3 sbb yang first dgn yg 2nd tu mcm masa zaman tak matang and malu nak bagi org tgk isi2nya. Jadi, kita bukak buku baru. As an introduction of my new book(my blog), first of all, this blog is abt me. so tak payah nak pertikaikan/nak cari pasal what so ever dengan apa yang aku tulis, apa yg aku cerita. 2nd, I do blog not to impress people. Not to show the world abt my life. But literally abt sukahati aku lah. -_- Mungkin cerita ni ada kaitan dengan kau, tapi jangan perasan sangat lah. Unless kalau aku sebut nama. Then only maybe it's about you. Kalau tak, dok diam2 sana. So, tu je. So, mungkin lama dah tak tengok aku kan.

Haa.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

(Okay, ini cuma untuk buat entry ni nampak panjang sebab I've no idea what to write.)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Okay ini saya. 


Memandangkan ini post pertama, selamat berkenalan.
Act, nak bukak blog pada 11 Mei 2016(konon konon sama tarikh dengan birthday sendiri), tapi sebab macam lambat sangat kan, so. This is it.


Oh ya. Esok bermula final exam bagi pelajar diploma sesi 2015/2016 Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jadinyaa, dengan rendah diri, saya memohon doa dari awak. Hik. Doakan kami semua berjaya menempuh liku liku peperiksaan. Dan berjaya memperoleh ilmu yang berkualiti dan keputusan yang 4flat.  Amiiiiiin.

Terima kasih.

Thank you for reading.