Yo. Assalamualaikum gais.
![]() |
| Credit to Google Image |
Wataknya seakan hidup dan ada dekat dengan aku. Sungguh, sayu.
Sarat dengan perhubungan antara manusia dan peranan manusia itu sendiri walaupun tidak mengenali antara satu dengan yang lain. Just be good to everyone, and the good will come back to you, In Shaa Allah.
Permulaan cerita yang aku kira sangat menarik, tentang hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak-anak yang tidak harmoni dan dua beradik yang begitu akrab mempertahankan diri masing-masing di saat mereka memerlukan. Masalah kekeluargaan ini aku kira adalah masalah terbesar seseorang manusia itu boleh hadapi. Kerana walau apa pun terjadi, keluarga kau lah segalanya dan kepada mereka tempat kau kembali untuk bersandar merehatkan diri. Namun jika tulang belakang kau dah patah riuk, bagaimana mungkin kau mampu berdiri teguh begini hari ini ?
Nilai ketuhanan dan teguran-teguran yang halus tapi terkesan dalam diri aku sendiri. Walau rebel mana pun kau, Tuhan adalah tempat kau bergantung harap di saat kau tak punya apa-apa lagi(dan di saat kau punya segalanya), bahkan di saat kau merasakan yang kau sudah kehilangan diri kau sendiri, sedarlah bahawa Tuhan itu ada dan sentiasa mendengar rintihan hambaNya walau kau tak berkata apa-apa padaNya, walau kau tak ingat langsung padaNya, Dia tentiasa ingat pada kau.
Yang paling menarik pada aku adalah hubungan abang dan adik yang rapat sangat, dia buatkan aku sayu dan sedih di akhir cerita ini. Sungguh, walau abang-abang aku tak begini(seperti dalam cerita), sungguh aku merasa kasih dan sayang pada mereka dan minta dijauhkan dari segala perkara buruk yang tidak diingini. Bacalah jika kau dah bersedia untuk merasai sayunya perjalanan hidup seorang Jard.
Cerita yang penuh emosi sampai aku terpaksa berhenti baca seketika(3 hari) untuk aku kumpulkan kembali kekuatan dalam diri kerana aku rasa sayu, sungguh sayu seperti aku yang perlu berhadapan dengan situasi-situasi cemas yang dilalui Jazreen, Jazman dan Laila.
Terima kasih Amal Hamsan kerana bagi aku "rasa".
"Being alone never felt right.Sometimes it felt good, but it never felt right."
- Charles Bukowski
Semoga tulisan ini juga bagi manfaaat kepada sang pembaca, atau setidaknya menarik minat kau orang untuk membaca.
p/s : Buat mereka yang sudah tidak punya salah satunya atau keduanya(ibu bapa), aku mohon ampun dan maaf andai post ini mengguriskan hati kalian di mana-mana. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan antara orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.
Thank you for reading.

No comments:
Post a Comment