Friday, October 9, 2015

Bas

Assalamualaikum.



Hai. Okay. Tengok tajuk macam. Erm, Bas ? Seriously what are you going to say about bus ? Nothing to do with our daily life. Seriously, ada. Baca dulu. This is only an opinion. What I see about bus lah. Maybe lain dengan pendapat korang. Tapi ini cuma pendapat. Takde yang betul tak ada yang salah(Lecturer BM I yg cakap). Hihi.


So, where do I see bus ? Memandangkan aku melanjutkan pelajaran di UPSI, dan UPSI bukanlah sebuah universiti yang bapakk besar sekali masuk boleh hilang tak tahu jalan keluar. Tapi UPSI ni ada 2 kampus which is Kampus Sultan Azlan Shah and Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. We used to called it as kampus lama and kampus baru. The distance is not so far, just 7km kot. Aku rasalah. Haha. 9minit cemtuuu. Tapi untuk jalan kaki itu mustahil sebab hutan kiri kanan. Jadi kita naik bas ye kawan-kawan.

So berapa ramai yang naik bas ? Memandangkan kini pelajar Ijazah Sarjana Muda(ISM) dah mula mendaftarkan diri about 3 weeks ago kot. Kalau dulu bolehlah bersenang lenang dalam bas. Kini tidak lagi. Okay. Jadi barangkali kau boleh membayangkan betapa sardinnya sebuah bas nak muatkan pelajar Dip dan ISM setiap hari setiap masa tanpa rasa jemu. Well, jemu lah jugak. Purata jam 8 pagi memang ramai gila ada kelas dekat kampus lama which is you need to terpacak at 6.30a.m-6,45a.m to SIT in the bus. Aku biasanya datang sekadar untuk NAIK bas. Tak terlintas di fikiran ku yang naif ini untuk duduk. Paling bernasib tak baik pun, aku kena naik 2nd or 3rd bas. Ini benda biasa sebab aku menyampah bab bab berebut macam budak budak. Untung sikit, aku dapatlah berdiri depan pintu masuk memerhati permandangan indah di pagi hari. 

Jadi, kenapa dengan bas ? Hahahahaha. Aku dah lupa senanya. Hmm. Okayy. Kenapa dengan bas ? Kejadian ini berlaku petang tadi bila aku nak balik ke kampus baru aku sebab kolej semua dekat sana kan. Jam menunjukkan pukul 5pm masa tu. Aku terpacak dgn kawan2 serumah untuk naik bas. Mungkin disebabkan mood harini agak swing ditiup angin kencanggggg, jadi aku malas nak kesah dapat naik ke tak, Aku berdiri paling belakang sekali menonton "budak tadika" berebut naik bas. You see here, bukan nak buka aib ke apa. Benda ni aku tengok merata. Ghairah sangat nak naik bas. Entah lah, mungkin jatuh cinta dengan pakcik bas atau bau bas tu wangi ke apa aku pun tak tahu. Macam ada satu obsesi bila nampak bas, semua kelam kabut berdiri agak2 bas benti dkt mana so kau harap bas berhenti tepat depan kaki kau so senang kau dapat masuk dan duduk.

That is not the way kakak abang. You are 20 kot. Paling muda pun 18. Should be matured enough to think.

Okay sambung. Jadi setelah menonton tu, aku tengok sorang akak ni yang terakhir naik bas, dia berdiri betul2 depan pintu bas. So kena squeeze dia punya badan sikit bila pintu nak tutup/bukak. Kesian aku tengok. Sepatutnya aku naik bas tu jugak. Tapi ada seorang abang di belakang aku yang turut memerhati gelagat kanak-kanak naik bas tu cakap "Kejap lagi ada lagi satu bas. Kita naik bas tu je lah. Tak ramai sangat. Okay ? Tunggu sekejap je." So aku pun ok je lah. Tunggu lebih kurang 30 saat dan sebuah bas kosong untuk ke kolej aku tiba depan mata. So aku senyum dekat abang tadi tanda terima kasih. Aku naik tanpa perlu berebut dengan manusia lain dan terus duduk sorang2 dekat seat belakang driver tu memandangkan kawan serumah aku semua berjaya naik bas sardin pertama tadi. While aku naik bas yang indah. Ada lah dalam 7 orang dalam bas tu sebab semua berebut nak naik 1st bas tadi. So, kau dah nampak tak apa yang sebenarnya aku nak cakap ?

Mungkin terlalu banyak baca novel LejenPress which I think sesuai dengan aku. Jadi, Aku kerap ingin menyuarakan pendapat aku tentang life. Hahaha. Sukahati lahhhhh.

Tapi inilah yang ku rasakan. Semua dalam kehidupan ni, bila kita desperate, semua kita nak segera. Contoh macam nak pergi kelas pukul 3 petang tapi tertidur lepas zuhur and you need to take any bus yang ada even penuh sebab desperate. Padahal 30 saat lepas tu ada je bas. Kau je dah tak boleh nak fikir lagi sebab dah lambat. Cuba kalau kita relax dan bertenang dan tunggu sekejap. Kita dapat naik bas yang lebih selesa. In other words. Kalau kita tengah desperate nak kan something yang desperate gila punyaa, janganlah terus buat keputusan and grab je apa apa depan mata. Stop sekejap. Fikir dulu. Patut ke kau grab, atau tunggu je sekejap. Mungkin kejap lagi ada something better. Kita tak tau. Apa yang Tuhan dah aturkan untuk kita. Tapi kalau benda tu berbaloi untuk kau tunggu sekejap jee. Tunggulah. 

"Oh macam tu je ke conclusionnya ?"

Haha. Macam tu lah. Apa apa nak buat pun, fikirlah dulu. Sebenarnya, dalam kita tak sedar, banyak je perkara kecil yang berlaku depan mata kita ni yang dapat ajar kita banyak erti dalam hidup. Kalau kau fikir lah. Kalau kau just "Lantak lahhh". Ha takde lahh kot ertinya tu. Contoh benda kecik ? Contohnya macam kau makan roti di tengah hari sebab tak cukup duit nak makan dan atm rosak. Tapi malam tu member kau belanja kau mamak. Kan ke ada erti disebaik tu ? Haha. Makan kot. Come on. Tapi in real life pun ada jugak ertinya. Apa ertinya ? Fikirlah. Malas betul.



(Gambar hiasan)



Thank you for reading.


No comments:

Post a Comment